Waktu solat

Waktu Solat Zohor

Masuk waktu solat Zohor adalah ketika matahari gelincir ke arah barat daripada kita iaitu ketika pinggir timur matahari melintasi Meridian Samawi Tempatan.

Waktu Solat Asar

Mengikut Mazhab Shafie, masuknya waktu solat Asar adalah apabila panjang bayang sesuatu tiang melebihi panjang tiang tersebut. Secara fizikal, waktu Asar boleh ditentukan dengan menggunakan tiang tegak yang sama dengan yang digunakan pada waktu istiwa.

Waktu Asar bermula apabila panjang bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak melebihi ukuran tiang itu sendiri dan dicampurkan dengan panjang bayang sewaktu istiwa.

Waktu Solat Maghrib

Mengikut hukum fekah, masuknya waktu solat Maghrib adalah apabila semua badan matahari terbenam di bawah ufuk barat.

Waktu Solat Isyak

Menurut syarak, masuknya waktu solat Isyak adalah apabila mega merah di ufuk barat hilang.

Waktu Solat Subuh

Awal waktu solat Subuh mengikut syarak adalah bila fajar benar (sadiq) terbit di ufuk timur.

Rujukan dalam menentukan waktu solat

Surah Huud:114 dan Al-Isra’:78
Kitab Fathul Qadir jilid 1 halaman 151-160,
Kitab Ad-Dur Al-Mukhtar jilid 1 halaman 331 s/d 343,
Kitab Al-Lubab jilid 1 halaman 59 – 62,
Kitab Al-Qawanin Al-Fiqhiyah halaman 43,
Kitab Asy-Syarhu Ash-Shaghir jilid 1 halaman 219-338,
Kitab Asy-Syarhul-Kabir jilid 1 halaman 176-181,
Kitab Mughni Al-Muhtaj jilid 1 halaman 121 – 127,
Kitab Al-Muhazzab jilid 1 halaman 51 – 54 dan Kitab Kasysyaf Al-Qanna` jilid 1 halaman 289 – 298.

Design a site like this with WordPress.com
Get started