500 individu islam yang berpengaruh 2020
Penyakit was-was

Larangan sujud seperti…
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ
Dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasûlullâh SAW bersabda, “Jika seseorang dari kamu sujud, maka janganlah ia turun sujud sebagaimana mendekamnya unta. Hendaklah ia meletakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya”.
( Abu Dawud, no. 840; Ahmad, 2/381)
. عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ وَلَا يَبْسُطْ أَحَدُكُمْ ذِرَاعَيْهِ انْبِسَاطَ الْكَلْبِ
Dari Anas bin Malik, dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Seimbanglah di dalam sujud, dan janganlah seseorang dari kamu menghamparkan kedua lengannya sebagaimana terhamparnya (kaki) anjing”.
(al-Bukhâri, no. 822, dan Muslim, no. 493)
عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ الأَشْعَرِيِّ ، أَن ّرَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلا لا يُتِمَّ رُكُوعَهُ يَنْقُرُ فِي سُجُودِهِ وَهُوَ يُصَلِّي ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَوْ مَاتَ هَذَا عَلَى حَالِهِ هَذِهِ مَاتَ عَلَى غَيْرِ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَثَلُ الَّذِي لا يُتِمُّ رُكُوعَهُ ويَنْقُرُ فِي سُجُودِهِ ، مَثَلُ الْجَائِعِ يَأْكُلُ التَّمْرَةَ وَالتَّمْرَتَانِ لا يُغْنِيَانِ عَنْهُ شَيْئًا
Dari Abu ‘Abdullah al-Asy’ari Radhiyallahu anhu, bahwa Rasûlullâh SAW melihat seorang lelaki tidak menyempurnakan ruku’nya dan mematuk di dalam sujudnya ketika ia sedang shalat, lalu Baginda SAW bersabda, “Jika orang ini mati dalam keadaannya ini, maka ia benar-benar mati tidak di atas agama Muhammad SAW,”
Baginda SAW bersabda lagi, “Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan ruku’nya dan mematuk di dalam sujudnya, (ialah) seperti orang lapar makan satu biji kurma, padahal dua biji kurma saja tidak mencukupinya”.
(Ahmad, juz 2 hlm. 311, no. 8044; al-Baihaqi, juz 2, no. 120)

Sujud dengan tenang menyembah yang Maha Esa
Jari jemari tangan dan kaki menghala ke arah qiblat
Kedua lutut direngangkan, manakala kedua tapak kaki dirapatkan


Bagi lelaki siku sedikit dibuka, berbanding wanita yang merapatkan siku ke badan

Turun Sujud

Mengungkap Takbir untuk turun sujud (tanpa mengangkat tangan)
Tiada riwayat menyatakan Baginda SAW mengangkat tangan ketika takbir untuk turun sujud. Bahkan Ibnu Umar berkata, “Nabi SAW tidak melakukan demikian(angkat tangan) ketika sujud
(HR Abu Ya’la & Ibnu Khuzaimah. Disahihkan oleh al-Albani dalam Shifatu Shalaatin Nabi SAW)

Bacaan Qunut

Bacaan Qunut Subuh
Membaca qunut di dalam solat Subuh
Ia termasuk di dalam perkara-perkara sunat di dalam solat mengikut mazhab al-Syafie.
Dibaca semasa i’tidal pada rakaat yang ke-2 solat Subuh
(al-Fiqh al-Manhaji, 89)
Berdasarkan hadith Anas bin Malik RA:
مَا زَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْنُتُ فِي الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا
Maksudnya: “Rasulullah SAW berterusan qunut di dalam solat subuh sehingga Baginda SAW berpisah daripada dunia (wafat).” [Riwayat Ahmad (12657)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif kerana seorang perawi bernama Abu Ja’far al-Razi seorang yang buruk hafalannya dan hafalannya itu bertentangan dengan riwayat perawi-perawi lain yang thiqah (dipercayai)][Imam al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid menyatakan riwayat ini perawi-perawinya adalah thiqah (dipercayai)]
Dan daripada al-Barra’ bin Azib berkata:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقْنُتُ فِي صَلَاةِ الصُّبْحِ وَالمَغْرِبِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW berqunut pada solat Subuh dan Maghrib.” [Riwayat al-Tirmizi (401)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
Imam al-Nawawi berkata, terdapat 2 pandangan yang masyhur iaitu:
1. Tidak disunatkan dan ini merupakan pilihan al-Qaffal, al-Baghawi dan Imam al-Syirazi dengan berdalilkan bahawa berdoa di dalam solat tidak perlu diangkat tangan sepertimana juga berdoa di dalam sujud dan tasyahhud.
2. Disunatkan mengangkat tangan dan ini adalah pendapat yang sahih di sisi ashab bermazhab al-Syafie dan juga sahih pada dalilnya. Imam al-Baihaqi berhujah dengan apa yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih atau hasan daripada Anas bin Malik RA pada kisah Qurra’ (ahli Quran) yang telah dibunuh:
لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلَّمَا صَلَّى الْغَدَاةَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ يَدْعُو عَلَيْهِمْ يَعْنِي عَلَى الَّذِينَ قَتَلُوهُمْ
Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah SAW setiap kali melakukan solat Subuh, Baginda SAW akan mengangkat tangan dan berdoa ke atas mereka iaitu orang yang telah membunuh para sahabat yang menghafal al-Quran.” [Riwayat al-Baihaqi (3145)]
Imam al-Baihaqi berkata lagi bahawa terdapat sebilangan sahabat yang mengangkat tangan mereka ketika qunut sebagaimana diriwayatkan oleh Abi Rafi’:
صَلَّيْتُ خَلْفَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَنَتَ بَعْدَ الرُّكُوعِ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَجَهَرَ بِالدُّعَاءِ
Maksudnya: “Aku telah solat dibelakang Umar bin al-Khattab RA, maka beliau berqunut selepas daripada ruku’ dan beliau mengangkat kedua tangan dengan menguatkan suara ketika berdoa.” [Riwayat al-Baihaqi (3150)][Imam al-Baihaqi menyatakan riwayat daripada Umar bin al-Khattab ini adalah sahih]
Kesimpulannya, masalah ini adalah masalah khilaf dalam kalangan ahli ilmu.
Ramai yang cenderung mambaca qunut kerana, terdapat sebuah hadith yang menceritakan akan kelebihan mengangkat tangan ketika berdoa, daripada Salman al-Farisi RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha Hidup lagi Maha Mulia malu jika seorang lelaki itu mengangkat kedua tangannya kepada-Nya serta memulangkannya dalam keadaan kosong yang tidak membawa hasil”. [Riwayat al-Tirmizi (3556)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]
-petikan daripada laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

I’tidal
Bacaan tahmid (rabbana lakal hamdu) dibaca setelah berdiri betul dengan tangan yg lurus ke bawah.
Rasulullah SAW bersabd;
“Apabila imam mengucapkan sami’Allaahu liman hamidah (Allah Maha mendengar orang yang memuji Nya), maka ucaplah kalian rabbanaa lakal hamdu (Wahai Rabb kami, hanya bagi Mu segala pujian)
(Muttafaq ‘alaih)
Syaikh al-Albani di dalam sigatu shalatin Nabi SAW membawa dalil bolehnya mengulurkan tangan ke bawah
Nabi SAW berhenti seketika (thuma’ninah)di dalam i’tidal.
Baginda SAW juga melarang makmum memdahului imam dalam mengangkat kepala dari ruku’
(Muttafaq ‘alaih)
